Site Network: Jururawat.net | Cyberizman | B-P-S | About


Assalamualaikum

Bagi yang masih mencari-cari tentang tips temuduga Kursus Latihan Diploma Kejururawatan, mahupun untuk temuduga Jururawat Masyarakat, ataupun Jururawat Pergigian, jangan segan dan silu untuk ke Jururawat.net.

Jururawat.net merupakan sebuah forum online. Dalam sebuah forum, pengunjung laman web boleh bertanya tentang kemusykilan dan pengunjung yang tahu jawapannya boleh menyumbang pengetahuan mereka. Oleh kerana laman web Jururawat.net berkisarkan kejururawatan, sudah tentulah forum tersebut berbincang pasal jururawat.

Pergilah ke setiap halaman untuk mengetahui jawapan-jawapan dari rakan-rakan yang dahulunya senasib dengan anda. Manalah tahu mungkin soalan yang anda ingin tanya telah ditanya dan dijawab sebelum ini.

Apa nak takut, apa nak segan, anda tak perlu jadi jururawat seksi untuk ke Jururawat.net. Bukankah lebih baik anda tahu walaupun secuit cuma sebelum anda pergi temuduga nanti.

Akhir sekali saya mengucapkan selamat berjaya dalam permohonan kejururawatan dan temuduga kejururawatan anda.

Jangan lupa jadikan apa yang anda ketahui Jururawat.net sebagai satu kelebihan anda dalam menghadapi temuduga nanti.

Apa tunggu lagi, layari Jururawat.net sekarang!

MESEJ PENTING DARIPADA SAYA


Dari tahun 1999 hingga kini, saya telah bersusah payah bertanya, berjalan jauh demi mencari maklumat berkenaan dengan kejururawatan untuk dimasukkan dalam sebuah laman web. Maka lahirlah JURURAWAT.NET sebuah laman web KEJURURAWATAN YANG PERTAMA DI MALAYSIA(baik dalam BM atau BI), dengan matlamat agar bidang kejururawatan boleh berdiri sama tinggi dengan bidang perubatan yang lain.


JURURAWAT.NET wujud sebelum wujudnya istilah blog apatah perkhidmatan blog yang memudahkan orang ramai untuk mempunyai 'laman web(log)'. Oleh dengan itu, maklumat yang saya kumpul adalah daripada bertanya kepada jururawat, dan membaca petikan akhbar. Maklumat-maklumat berkenaan dengan jururawat yang saya boleh anda perolehi SECARA PERCUMA di JURURAWAT.NET . Dalam ertikata yang lain saya telah bayar untuk anda dapat percuma.


Beberapa tahun kemudian, dengan wujudnya fenomena blog dan e-book. Sebuah penerbit buku dan seorang penulis e-book telah menyalin majoriti hasil kerja saya tanpa memaklumkan kepada saya terlebih dahulu. Bukan itu sahaja, malah mereka menyalin daripada usaha saya secara percuma, kemudiannya menjualkan kepada anda dalam bentuk e-book dan buku.


Anda pilih, sama ada anda nak yang original dan free, atau yang copy (daripada saya) dan kena bayar.
Nak yang free ... silalah ke JURURAWAT.NET. Semuanya untuk anda baca secara FREE!. (Lagi bagus kalau anda klik iklan kerana wang tersebut akan digunakan untuk membayar hosting, dan caj-caj internet yang lain agar JURURAWAT.NET sentiasa percuma kepada anda, adik anda, anak anda, cucu anda, dan selamanya)

1 comments:

At 1:58 am Nak kerja jururawat? said...

thanks bro.. bagus jugak diwujudkan forum jururawat.. sekurang-kurangnya kita menghargai pengorbanan mereka :)

 

Post a Comment

Terkini